Pengenalan (Introduction)

Posted by [Fadzlikhan|Blog][Sharing Is Caring] Wednesday, June 2, 2010


Homestay adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal di mana pelancong akan dapat tinggal bersama keluarga tuan rumah yang dipilih dan berpeluang untuk berinteraksi serta mengalami cara hidup seharian keluarga berkenaan dan kebudayaan secara langsung.

Bagan Datoh mula diterokai sekitar tahun 1900. Dikenali sebagai ‘Coconut Paradise’, Bagan Datoh merupakan pembekal kelapa yang berkualiti tinggi di Malaysia. Terletak di muara Sungai Perak menghala ke Laut Selat Melaka di bahagian barat negeri Perak dalam Semenanjung Malaysia.

Homestay Bagan Datoh ditubuhkan oleh YB Datuk Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid Hamidi Ahli Parlimen Bagan Datoh dan dilancarkan secara rasmi pada 26 Januari 2006 oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Homestay Bagan Datoh merangkumi 13 buah kampung dalam daerah Hilir Perak dan merupakan homestay terbesar di Malaysia. Terdapat 100 buah rumah / keluarga yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Rasailah keseronokan melihat pemandangan indah suasana kampung semasa tinggal bersama di rumah keluarga angkat dengan layanan mesra. Anda akan dapat menyaksikan dan melakukan pelbagai aktiviti harian masyarakat kampung. Sebagai tanda kenangan anda berada di Bagan Datoh, tanamlah sepohon pokok, dimana anda mungkin akan merasai buahnya ketika berkunjung semula kesini. Pelbagai kenangan indah yang tidak mungkin anda lupakan sekiranya anda berkunjung ke sini.

Berkunjunglah ke Homestay Bagan Datoh yang menyediakan pelbagai kemudahan penginapan, makanan, lawatan kampung dan pelbagai aktiviti.


INTRODUCTION

Homestay is a form of accomadation where the tourist can live with the chosen family and has the opportuninity to interact as well as experience the daily way of life of the family and culture directly.

Bagan Datoh was developed more than 100 years ago. Known as ‘Coconut Paradise’, Bagan Datoh is the heart of Perak’s coconut country and noted as the nation highest quality of coconuts products.

Homestay Bagan Datoh was established by YB Datuk Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid Hamidi - Bagan Datoh’s Member of Parliament and officially opened by YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak on 26 Jan. 2006. Made up of 13 villages in the districts of Hilir Perak, and located at the mouth of Perak River, facing the Straits of Malacca just off the west coast of Perak in Peninsular Malaysia. There are 100 homes / families available facilited with hospitality, food, activities and village (kampung) tour. Homestay Bagan Datoh is the biggest homestay in Malaysia.

Come, experience yourself the true rural lifestyle of a typical Malay villager in charming agricultural villages.. Stay with the locals, take part in their daily activities and explore the scenic countryside. Bagan Datoh is a beautiful traditional village surrounded by a picturesque of coconut farm with a rich and proud ethnicsheritage.

Malays, Chinese and Indians create the social fabrics of Bagan Datoh society where the traditional practice in culture is still alive, all sharing an outgoing and warm hospitality for Bagan Datoh is well known. Enjoy staying with Malay families while admiring a unique traditional Malay life style and exploring sensational interesting places.

0 comments

Post a Comment